Khamis, 27 Mei 2010

Penyimpan nilai yang baik

Disebabkan wang kertas tidak kebal inflasi, ini bermakna wang kertas bukan penyimpan nilai yang baik. Apa yang dimaksudkan penyimpan nilai yang baik?
Suatu pegangan kita atau aset yang nilainya tidak terjejas/ kurang terjejas akibat inflasi/deflasi.
Bagaimana hendak menyelamatkan nilai wang kertas yang kita ada? Setiap hari kita menggunakan wang kertas.
Penyelesaiannya...Pelaburan boleh menyelamatkan nilai wang kertas kita.
beli tanah, barang kemas, rumah, kebun, pulau dsb.

WANG KERTAS vs INFLASI

Wang kertas tidak kebal inflasi. semakin hari nilai wang kertas kita turun sedikit demi sedikit. tapi, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun berganti tahun...nilai wang kertas yang kita pegang susut dengan banyak. hari simpan RM10, bulan depan wang kertas tadi tetap tercatat RM10 tapi nilainya tetap turun. sayangi setiap ringgit yang kita belanjakan..berhemah.

INFLASI

Inflasi bergerak sedikit demi sedikit. ini memberi kesan terhadap nilai mata wang. bila mana nilai mata wang semakin rendah, kuasa beli turut merosot. ini bermakna kita perlukan jumlah ringgit yang besar untuk berbelanja. kalau dulu 50sen boleh beli nasi lemak, bagaimana keadaannya dengan harga sekarang...?

NILAI RINGGIT KITA..

RM 1ooo hari ini tidak sama nilainya dengan nilai RM 1ooo tahun hadapan. kenapa? Nilai ringgit semakin menyusut hari demi hari. keadaan ini berlaku pada semua jenis wang kertas..

DI MANA KITA?

Adakah kita cukup bersedia menghadapi keadaan ekonomi akan datang? Sedar tidak sedar nilai ringgit kita semakin rendah. Selalu tidak kita withdraw cash ATM dapat duit baru? Dalam setahun, berapa kali agaknya Bank Negara cetak duit baru? Semakin kerap dan semakin banyak kepingan ringgit yang Bank Negara cetak untuk duit baru, apakah kesannya kepada kita?
Bagaimana pula dengan pendapatan boleh guna kita? Adakah dalam keadaan yang selesa? kurang selesa?

GELOMBANG EMAS 99.9

Semakin hari, usia semakin meningkat..keperluan juga semakin hari semakin meningkat. Apa persiapan kita untuk keperluan masa hadapan?